18 January 2011

Aurat....?

Bismillah....Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani....

Salam Ukhwah semua...Alhamdulillah dpt juga akhirnye mengupdate blog ni yg sudah agak lama ditglkan. ari ni saya rase terpanggil untuk menceritakan serba sedikit berkaitan dengan tajuk aurat..memandangkan semalam saya telah di interview oleh beberapa pelajar berkaitan dgn aurat,ao rasenye xslhkn untuk sye berkongsi disini?

ok..perkataan aurat sebenernya di ambil daripada satu perkataan dari bahasa Arab yg berbunyi 'Aurah' yg bermakna keaiban..manakala menurut ilmu feqah pula,ia didefinisikan sebagai sebahagian tubuh badan seseorang yg WAJIB ditutup atau dilindungi dari pandangan..
ok sekarang da jelas kn mksd aurat tu sendri?

next..byk juga yg Allah da jelaskn dlm Quran berkaitan dgn aurat ni..tp umat skang ni lgsg xambik endah psl sume tu..ok klu x cye cbe tgk surah Al-Ahzab ayat 33 yg bermaksud:

"dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan jgn kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliyyah dahulu dan laksanakanlah solat, tunaikan zakat dan taatilah Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu,wahai ahlulbait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya"

lagi firman Allah dlm surah al-Ahzab juga ayat 59 yg bermaksud:

"Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri org mukmin: Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali sehingga mereka tidak diganggu. dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang"

so da jelas2 Allah memerintahkan wanita terutamanya menutup aurat..kebelakangan ini byk sgt da kte dga berita psl wanita kene rogol,haruan makan anak dan byk lagi la..sume ni kebanyakkannya berpunca daripada wanita yg membuka aurat.menayangkan apa yg tidak patut mereka tayangkan.firman Allah dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud:

"dan jgnlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak darinya.."

menurut kitab AHKAMUL QURAN,Juz 3 karangan Abu Bakar Al-Jashshash, makna "jgnlah menampakkan perhiasannya" itu sebenarnya bermaksud jgn menampakkan tempat2 yg diletakkn perhiasan seperti leher (rantai), telinga (subang) dan lain2..perkara ini juga saya dpt daripada slh sorg pensyarah saya yg mengatakan perkara yg sama. seterusnya sambungan dari ayat td "kecuali yang biasa nampak darinya" bermaksud tempat2 yang biasa nampak iaitu muka dan pergelangan tgn.. ini juga adalah pndapat drpd sbhgian sahabat seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dab Aisyah.

terdapat juga hadis yg menunjukkn bahawa setipa wanita yg telah baligh itu wajib untuk menutup auratnya.

dalam riwayat Aisyah RA, bahawa Asma Binti Abu Bakar
masuk menjumpai Rasulullah s.a.w. dengan pakaian yg tipis.lantas Rasulullah berpaling
darinya dan berkata:
"hai Asma,sesungguhnya jika seorang wanita sudah cukup usia haid,maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini, sambil baginda menunjukkan wajah dan tapak tangan.
Hadis Riwayat Abu Daud dan Baihaqi

maka sudah terang lagi bersuluh bahawa setiap wanita terutamanya yg sudah mencapai usia baligh,adalah WAJIB untuk menutup aurat mereka kecuali muka dan tapak tangan.maka apa lagi yg hendak kita persoalkan?

Islam ini mudah lagi memudahkan.
kesimpulannya,salah satu cara bg mngelakkan diri dari menjadi mangsa manusia bertopengkan syaitan bernama lelaki,adalah dgn menutut bahagian2 yg boleh menaikkn syahwat lelaki..apa salahnya pakai tudung?saya rasa berat tudung xsampai 1kg kn?apa lagi alasan yg nk diberi...renung2kan lah..semoga ilmu yg dikongsi ini bermanfaat...

"tidakkan miskin jika membela Islam"

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Review