27 September 2009

mari kita renungkan..

assalamualaikum..dah lama jari ni x lincah melompat2 dari satu butang ke butang yang lain untuk mengupdate blog ni..al maklumlah cuti raya la katakan..epy mmg epy raya ni..cume dlm raya ni ada sesuatu yg berlaku dlm hidupku.so aku rase xsalah untuk aku berkongsi..

specially dedicated to someone yg telah banyak menyedarkan aku tentang hidup, hati dan perasaan.mungkin bila dia baca post ni, dia akan lebih mengerti apa yang aku maksudkan.."maafkan ku~"

Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita..

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.. Itulah Cinta ….

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba.
Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya...

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan..

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. ..Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterimakasih atas karunia tersebut..

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat..

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya..

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi..

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi..

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati..

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU..

Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya..

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan artinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa..

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan..

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing..

Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki.

Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan..

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta..

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan didalam dirinya..

Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya..

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh..

Jika saja kehadiran cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir..hargailah jika kamu bertemu cinta kerana ia diibaratkan seperti kamu berjalan di dalam satu padang yang teramat luas..kamu perlu berjalan terus dan tidak boleh berpatah balik.dalam perjalanan tersebut, kamu hanya boleh memilih 1 saja ranting yang bagi kamu ia sangat istimewa.. dan jika kamu telah jumpa ranting itu, ambillah kerana jika kamu tinggalkannya, belum tentu di dalam perjalanan hadapan kamu akan bertemu ranting yang seistimewa itu..jangan lah kamu menyesal tidak mengambil ranting tersebut jika kamu tidak menjumpai ranting yang lain kerana kamu tidak boleh berpatah balik..maka sekiranya telah berjumpa,ambillah ia..

renung-renungkan..

sekadar berkongsi...(^^,)

16 September 2009

DENGAR SINI WAHAI KAWAN2 KU YANG BUDIMAN..

1stly aku nk ucap selamat mnyambut syawal yg kian menjelang terutama kpd bdk2 klas duus 3c..

Omel_ my m******g! Selamat hari raye.. g la blik ganu ko tu..Zali selamat hari raye maaf zahir batin,pas cuti smbg present k!haha..Ehsan ko pun sme gak..sory ea klu ade tergurau lbh..hehe cuan..kampung dekat je kan?so hati2 blik raye ni..to alip afiq, blik t jgn lupa kek lapis cm bese tau..sidi,raye ni jgn bwk kete slalu, polis ramai..t sangkut lak ko..

N kepada bdk pmpn clas aku..selamat hari raye..mtk maaf kalau ade tersalah ckp ke,ade yg kdg2 kene kacau ke..best la same clas ngn korg sume..dan tidak dilupakan kawan lame cik teha oi..selamat hari raye..asyik kene kacau je kn,tp stil maintain lg leh sbr dan memahami..bgs2! maaf zahir batin..

Buat bdk sebilik lak, eriey(syuk), blood( capit),ifwadh ( 1hitam + 1putih= tahi cicak),naz selamat ari raye..jgn pndai2 korg nk tmbh cuti lak nnt.. n budak2 yg slalu dtg melepak xtentu tujuan kt bilik aku ni qid,mohsin,adam ( pasni da xleh lepak kdai kopi smpai pagi lg la, taon dpn kite g lg) agus,syafiq salleh,black,tam,pijul,alim dan anak buah kaka Rahmat...maaf ea klau ade terkasar bahase ke..ari raye ni korg maafkan la.,.dpt pahala tau..hahaha

To am_pleomax,kek lapis mak hang jgn lupa bwk balik Melaka ye...n kepada saudara Mizbi bek ko mtk maap ngn aku..ko byk wat dose pd aku ..buli org je ea...aku rampas si dia kang baru ko tau..hahaha grau2 jela..maaf zahir batin k..

Kepada member2 naqib mamat,salam,alip,hatin, hanz...teruskan perjuangan kalian walaupun cuti raye..exam da dkt kn..hatin tu jgn cbuk dok lyn org rumah je..ko same mcm c hanz..asyik nk mesej je..hahahah..

Paling tidak dilupakan..buat si die yg setia menanti dengan penuh kesabaran,kepercayaan dan keyakinan...semoga lebaran yang akan datang ini memberi seribu rahmat dan kebaikan dalam kehidupan baru yang baru saja kamu jalani beberapa hari yg lepas..smoga sentiasa tabah dalam apa2 dugaan dan cabaran yang akan datang ye..(^^,)

Da kepada sesapa yg xdisebutkan d atas..jgn la kecik ati ek..kadang2 otak ni pending gak nk pk name byk2..tp aku stil xlupe kalian..papepun untuk sume name yg disebut dan xdisebut aku mengucapkan selamat hari raye aidilfitri maaf zahir dan batin..minal aidil wal faizin...semoga kita berjumpa lagi pas cuti ok!! Salam...........

Kisah Burung Murai

Kala ini, Ramadan yang penuh barakah bakal berakhir dan Syawal pula menjelma. Dengan ketibaan Syawal yang mulia ini membawa bersama perayaan umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri. Pada hari raya ini kita disunatkan untuk banyak bertakbir, bertahmid dan bertasbih bersempena meraikan kejayaan kita melawan hawa nafsu di sepanjang bulan Ramadan.

Pada masa yang sama kita juga perlu merenung adakah kita benar-benar memahami akan hikmah sambutan hari raya aidilfitri. Aidilfitri itu sendiri merujuk kepada hari raya fitrah, yakni meraikan kejayaan kita untuk kembali kepada fitrah. Dan manusia secara fitrahnya itu dilahirkan dalam keadaan suci bersih jiwanya serta cenderung ke arah kebaikan.

Maka titik pertemuan kita dengan Syawal ini seharusnya mencetuskan perubahan dalam diri kita ke arah kebaikan. Kita perlu menginsafi bahawa bulan Ramadan yang bakal meninggalkan kita merupakan medan latihan terbaik untuk membuat peningkatan diri. Pemanfaatan Ramadan dengan sebaiknya akan tercermin dalam diri kita walaupun setelah ia berlalu.

Jika sebelum Ramadan dahulu kita sering meninggalkan solat maka biarlah ketika dan sesudah Ramadan ini kita sering menjaga solat kita.

Jika dahulu kita agak keberatan selalu bersedekah maka harapannya selepas ini kita dapat menjadi lebih pemurah. Jika dahulu kita begitu sukar hendak meninggalkan tabiat merokok, maka kini moga-moga kita berjaya berhenti merokok.

Begitulah harapan kita terhadap tarbiyah Ramadan yang telah kita lalui ini. Perjuangan kita melawan nafsu selama sebulan ini seharusnya berhasil menyucikan diri daripada tabiat buruk serta sifat-sifat mazmumah.

Justeru itulah yang dikatakan kembali kepada fitrah iaitu asal kejadian manusia yang cenderung ke arah kebaikan.

05 September 2009

Amalan Yang Digalakkan Pada Bulan Ramadhan

assalamualaikum...ha..da 15 hari puasakan??korang tau x ape amalan2 yg digalakkan dalam bulan puasa ni??jgn nk puasa je..hehehe..jom kite kongsi sedikit ilmu same2..smoge beroleh manfaat..

1.

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ra. ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. orang yang paling dermawan dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan Jibril menemuinya pada setiap malam pada bulan Ramadhan untuk mentadaruskan Baginda s.a.w. al-Quran dan benar-benar Rasulullah s.a.w. lebih dermawan tentang kebajikan (cepat berbuat kebaikan) daripada angin yang dikirim. (H.R.: Al-Bukhari)
2.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. menggalakkan qiyamullail (shalat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda: “Barangsiapa yang shalat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu.” (H.R.: Jama’ah)
3.

Diriwayatkan dari Aisyah r.a.: Sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila memasuki sepuluh hari terakhir (bulan Ramadhan) beliau benar-benar menghidupkan malam (untuk beribadah) dan membangunkan isterinya (agar beribadah) dengan mengetatkan ikatan sarungnya (tidak mengauli isterinya). (H.R.: Al-Bukhari dan Muslim)
4.

Diriwayatkan dari Aisyah, ia berkata: Adalah Nabi s.a.w. bersungguh-sungguh shalat malam pada sepuluh hari terakhir (di bulan Ramadhan) tidak seperti kesungguhannya dalam bulan selainnya. (H.R.: Muslim)
5.

Diriwayatkan dari Abu Salamah bin Abdul Rahman, sesungguhnya ia telah bertanya kepada Aisyah r.a.: Bagaimana shalat malamnya Rasulullah s.a.w. di bulan Ramadhan? Maka ia menjawab: Rasulullah s.a.w. tidak pernah shalat malam lebih dari sebelas raka’at baik di bulan Ramadhan mahupun di bulan lainnya, caranya: beliau shalat empat raka’at, jangan tanya baik dan panjangnya, kemudian shalat lagi empat raka’at, jangan ditanya baik dan panjangnya, kemudian shalat tiga raka’at. (H.R.: Al-Bukhari, Muslim dan lainnya)
6.

Diriwayatkan dari Aisyah r.a. ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. apabila bangun shalat malam, beliau membuka dengan shalat dua raka’at yang ringan, kemudian shalat lapan raka’at, kemudian shalat witir. (H.R.: Muslim)
7.

Diriwayatkan dari Ibnu Umar ia berkata: Ada seorang laki-laki berdiri lalu ia berkata: Wahai Rasulullah bagaimana cara shalat malam? Maka Rasulullah saw menjawab: “Shalat malam itu dua raka’at. Apabila kamu khawatir masuk shalat Shubuh, maka berwitirlah satu raka’at.” (H.R.: Jama’ah)
8.

Dari Ubay bin Ka’ab ia berkata: Adalah Rasulullah s.a.w. shalat witir dengan membaca: (Sabihisma Rabbikal A’la) dan (Qul ya ayyuhal kafirun) dan (Qulhu wallahu ahad). (H.R.: Ahmad, Abu Daud, Annasa’i dan Ibnu Majah)
9.

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. ia berkata: Dinampakkan dalam mimpi seorang laki-laki bahawa lailatul qadar pada malam kedua puluh tujuh, maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya pun bermimpi seperti mimpimu, ditampakkan pada sepuluh malam terakhir, maka carilah ia (lailatul qadar) pada malam-malam ganjil.” (H.R.: Muslim)
10.

Diriwayatkan dari Aisyah r.a. ia berkata: Saya berkata kepada Rasulullah s.a.w. Ya Rasulullah, bagaimana pendapat tuan bila saya mengetahui lailatul qadar, apa yang saya harus baca pada malam itu? Beliau bersabda: “Bacalah (ertinya) Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemberi Ampun, Engkau suka kepada keampunan maka ampunilah daku.” (H.R.: At-Tirmidzi dan Ahmad)

31 August 2009

jom dgr tazkirah ckit...

Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi SAW, baginda telah bersabda yang bermaksud:

" 1- Barangsiapa mendatangi majlis ilmu di bulan Ramadhan, maka Allah taala mencatat tiap-tiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersamaKu di bawah panji-panji Arasy,

2- Barangsiapa memelihara solat berjemaah di bulan Ramadhan, maka tiap-tiap rakaatnya akan diganjari satu kota yang penuh dengan nikmat Allah taala,

3- Barangsiapa yang berbuat baik kepada kedua ibubapanya di bulan Ramadhan, maka dia akan memperolehi perhatian Allah taala dengan penuh kasih sayang, sedangkan aku (Rasulullah SAW) menjaminnya di dalam Syurga,

4- Seseorang isteri yang mencari keredhaan suaminya di bulan Ramadhan, maka baginya pahala seperti pahalanya Maryam dan Asiah,

5- Barangsiapa menolong keperluan saudaranya yang muslim di bulan Ramadhan, maka Allah taala akan menolongnya seribu keperluannya di hari Qiamat kelak ".

27 August 2009

keberkatan dalam bersahur..

Terdapat banyak keberkatan dalam bersahur yang selama ni kita semua xprasan.antaranya ialah.....:

Rasulullah SAW amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda SAW :

“Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan.” – Hadis riwayat al-Bukhari

Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani : “Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur.”

Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab). Sabda Rasulullah SAW :

“Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.” – Hadis riwayat al-Tirmizi.

Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi SAW amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda SAW :

“Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.” – Hadis riwayat Ahmad.

Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah SAW :

“Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit.” – Hadis riwayat al-Bukhari.

Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah sendiri telah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu apabila azan Subuh dilaungkan. Firman Allah S.W.T:

“Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).” – Surah al-Baqarah: Ayat 187

Adalah disunnahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a berkata:

“Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian akupun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w .” – Hadis riwayat al-Bukhari.

Qadi Iyadh r.h berkata: “Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar.”

Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:

“Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur?” Beliau menjawab: “Kira-kira (membaca) lima puluh ayat.” – Hadis riwayat al-Bukhari .

Hadis ini telah digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah sepuluh minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak lagi diperbolehkan makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut adalah Rasulullah s.a.w langsung mendirikan solat subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w memulakan dan mengakhirkan sahur baginda.

Antara hikmah mengakhirkan sahur adalah:

1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.

2. Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Review