28 June 2011

27 rejab yang bermakna..=)


Israk mikraj ujian keimanan

“Maha suci Allah yang memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

(Surah al-Isra’: 1)

Malam israk mikraj ni la nabi dapat perintah solat daripada Allah sendiri..so apa kata mlm yang berkat ni kita sama2 renung kembali segala dosa2 yg pernah dan telah kte lakukan,lps tu angkat wuduk dan pergi menyembah Allah..xsemestinya kne tgu bulan ramadhan je kn..

Meh kre same2 tengok firman Allah s.w.t dalam ayat 286 penutup surah al-Baqarah yang merupakan ayat yang diterima oleh Nabi semasa bertemu Allah s.w.t pada malam Israk Mikraj selain daripada kewajipan solat lima waktu sehari semalam, yang maksudnya:

“Allah s.w.t tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat ganjaran kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami berdosa jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan ke atas kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan ke atas kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami, oleh itu bantulah kami dalam mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kufur.”

Kalu nk cte psl israk mikraj ni mmg pnjgkn..n korg pun da slalu dga dri skola dlu ceramah bnde yg sme..tp slame bertaon2 dga ceramah psl israk mikraj ni,ad x korg ambik pengajaran drpd ceramah tu?xmustahil ad yg rse insaf sejam dua je lps dga ceramah..bwt yg laki,mgu lps khutbah jumaat pun psl israk mikraj jgk kn?haa so ape tunggu lg,marilah kte bersama2 berusaha mngubah diri kte kepada kebaikan...

Setiap ape yang tuhan jadikan tu mesti ad hikmahnya..tabahkan lah diri dan i’Allah akan mendapat rahmat darinya..=)

-semoga hari ini lebih baik daripada semalam dan esok lebih baik daripada hari ini..

*kamu,saya mintak maaf...mmg klu boleh xnk pnjgkn cte sbb mlm ni mlm baik, bulan baik..smoga doa saya mlm ni di angkat ke langit..amin...

“Allaahumma Baarik Lana Fii Rajaba Wa Sya’baana, Wa Ballighna Ramadhaana’’

“Ya Allah, berilah keberkahan pada kami di dalam bulan Rajab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.”


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Review