22 October 2009

..si kumbang & si mawar..

*cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kene mengena antara yg hidup mahupun yg telah meninggal dunia..

22 oktober 2007
sesuatu yg si kumbang x duga berlaku pada dirinya.kumbang mndapat panggilan dari buah hatinya si mawar lebih kurang pukul 11.10 pg.walaupun hanya sebentar, namun kumbang berasa sangat bahagia kerana dapat mendengar suara pujaan hatinya.kisahnya bermula 15minit selepas panggilan itu.kumbang telah meluahkan serta mengucapkan sesuatu yg bersarang dalam hatinya kepada mawar .suatu rasa yg pada niatnya ingin menarik belas ihsan dan kasih dalam diri kekasihnya.tetapi lain yg terjadi.adakah kumbang salah manyatakannya..? ataupun kumbang tersilap kira2 untuk memberitahu mawar..? Perkara yg diucapkan itu telah menimbulkan suatu rasa tidak senang dalam diri si mawar. 20 minit berlalu..kumbang mendapat satu pesanan daripada mawar yang menggetarkan sluruh urat sarafnya..suatu pesanan yg membuatkan si kumbang kaku seluruh badan.suatu perasaan yg baginya menggelapkan semua rencana masa depannya.btolkah mawar mahu memutuskan hubungan mereka??? Persoalan ini yg amat merisaukan kumbang.ianya bagaikan satu malapetaka dalam hatinya yang disertai halilintar hebat...

10 minit selepas itu,dengan sedaya upaya si kumbang mengumpul kembali semua semangatnya, si kumbang membalas semula pesanan mawar dengan redha dan berserah kepada ilahi walaupun jaoh dilubuk hatinya xmerelakannya..namun demi kebahagian si mawar dan masa depannya,si kumbang ketepikan semua yg ia perjuangkan bermati-matian selama ini.kumbang tahu mawar xbermaksud begitu.mungkin semuanya berpunca dari dirinya jugak.. Si kumbang redha dan menunggu balasan dari mawar si pujaan hatinya.sambil menunggu, kumbang berdoa agar segala mimpi buruk yg bersarang dalam benaknya selama ini tidak terjadi..hanya Allah yg mengetahui perasaannya saat itu..si kumbang hanya mampu berserah dan berdoa.tidak putus2 doakan agar segala yg buruk tidak terjadi..si kumbang menunggu dengan penuh tekun walaupun ketika itu seluruh getaran dan kesejukkan yg dirasai ditubuhnya akibat membaca pesanan td masih belum reda..namun tiada sebarang kabar berita yg ia perolehi daripada si mawar. Walaupun telah menghantar beberapa pesanan namun, mawar masih tidak mambalasnya..sehinggalah keesokan harinya.....

Keesokan harinya 23 oktober 2007, kumbang mandapat berita yang si mawar keluar makan bersama rakannya si kuntum..

tepat jam 1.34tga hari..kumbang mndapat panggilan dari mawar..ALHAMDULILLAH! jerit kumbang dalam hati kecilnya, allah mendengar segala doaku katanya..walaupun dlm panggilan tersebut si mawar bertanyakan mengenai perkara lain namun dengan bahasa yang mawar gunakan, kumbang yakin yg mawar telah membuat keputusan terbaik untuk dirinya.masakan tidak, sebaik saja memulakan bicara mawar berkata “ sayang, betol ke ......bla3..” sambil berbual dengan mawar,hati nya tidak henti2 mengucapkan syukur dengan nikmat yang diberikan.ternyata Allah masih lagi mengasihi hubungan mereka..
Sebaik saja mawar meletakkan gagang, si kumbang terus berlari dan lari dan lari menuju ketempat mawar dan kuntum makan..namun ia tidak berani manghampiri. Si kumbang hanya melihat dari jaoh saja. Pandangannnya bagaikan terkena sihir dengan keayuan yang terpancar dari wajah kekasihnya si mawar..hampir 30 minit kumbang menanti,akhirnya lalulah mawar dan juga kuntum dihadapan si kumbang, namun kumbang tidak berani menegurnya..si mawar hanya menjeling melihat teman lelakinya sambil meneruskan perjalanan pulang..kumbang masih mananti sapaan kekasihnya..dalam hatinya berkata..aku lebih rela menunggu kamu dibawah terik mentari walaupun tidak dapat bercakap denganmu dari duduk didalam bilik tanpa dapat melihat kamu pulang dengan selamat..aku sangat mencintaimu.. Maka si kumbang terus menunggu..terus menunggu..dan terus menunggu..tidak sedar yang dia telah berdiri tercegat disitu selama 1jam setengah..kumbang memberanikan diri menghantar pesanan kepada kekasihnya..namun tiada balasan..dia berusaha berkali2 dan akhirnya si mawar memberikan respon walaupun hanya jawapan yg pendek namun ia telah melegakan hati si kumbang. Tidak lama selepas itu, perasaan si kumbang kembali dibaluti rasa bersalahnya kepada si mawar.. tanpa diduga,mawar telah membuat panggilan kepada kumbang dan kumbang menjawabnya dengan hati yang berbunga2..namun kumbang masih lagi mengatur tutur kata apabila bercakap dengan mawar kerana khuatir kejadian semalam berulang..

sejak saat itu, kumbang bertekad tidak akan melakukan kesilapan yg telah die lakukan pg semalam.die ingin mangambil pengajaran dari ape yg dilaluinya..kerana dia tahu dalam hatinya hanya terpahat nama si mawar dan dia tidak mampu memadamnya seumur hidupnya...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost Review